BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 20 February 2014

Usrati Jannati


 
Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
 
Bahagiakan kami sekeluarga dengan kebahagiaan dari Mu yang tidak pernah putus...
 
Bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMu dan mensyukuri segala nikmat kurniaanMu...
 
Kurniakanlah, ya Allah... segala kebaikan dunia dan akhirat untuk kami...
 
Ya Allah... kurniakan kami dengan rahmat belas kasihMu,
 
Agar kami sekeluarga bisa bersatu kembali di SyurgaMu yang penuh kenikmatan...
 





Terima kasih buat mamaAbah yg memberikan sepenuh ksh syg...

Terima kasih buat keluarga yang amat dicintai kerana Allah...

Terima kasih Ya Allah.. Maha Penyayangnya Engkau,

terpantul pada kebahagiaan Usrati Jannati ini...
 
Terima kasih Ya Allah...
 
Jadikan kami di kalangan hambaMu yang taat
dalam menggapai RedhaMu...

Ameen ya Rabbana...
 
 
 
 
 
 

Wednesday, 1 January 2014

Mini Garden @ Baiti Jannati

 
Mini Garden @ Baiti Jannati =)
 
Limau Kasturi

Dragon Fruit
 
Mulberry

Mata Kucing
 
Ciku

Roselle

Bendi

Cili

Rose

Erm... ntah :)

Kelapa Pandan

Dragon Fruit

Anggur-Mempelam-Jambu Batu-Mata Kucing
 
Tidak dilupakan, pokok pisang!!





Sunday, 2 June 2013

Happy Anniversary MamaAbah Tercinta!


Anniversary maAbah 2 Jun 2013 =)
Happy Anniversary maAbah!! =)

2 Jun 2013 ~ Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan untuk mama & abah tercinta.. Nuriah Hj Hassan & Dr Harif Fadzilah Che Hashim! Anak-anak sentiasa doakan moga Allah swt limpahkan kebahagiaan & kesihatan berpanjangan buat maAbah.. dan kemuncak bahagia, moga Allah swt kurniakan Syurga dunia & Syurga abadi di akhirat kelak untuk maAbah.. Ameen..

Terima kasih maAbah, sebab jadi parents yang paaaaaling baik, terbaik dan ter'best' buat kami, anak-anak yg sangat nakal masa kecik-kecik dulu.... dan masih berusaha untuk jadi anak soleh solehah penyejuk mata & hati maAbah... Lots of love from kak, jee, hanif, ida & adin =)
 
Anak-anak maAbah yg comel. Heeehe =)
Our beloved maAbah =)

Alhamdulillah... terima kasih ya Allah...
Atas anugerah mama dan abah yang terbaik untuk kami...
Yang melimpahkan sepenuh kasih sayang, perhatian dan pengorbanan...
Yang senantiasa menyuntik kata-kata nasihat, motivasi dan inspirasi...
Yang mendoakan kami tanpa henti...
Yang mendidik kami penuh sabar...
Yang terus menerus membahagiakan kami...
Yang mencipta syurga dunia buat kami...

Terima kasih buat mama dan abah yang sangat kami cintai...
Dr Harif Fadzilah Che Hashim dan Puan Nuriah Hj Hassan.
Kami mohon penuh pengharapan...
Mudahkan jalan kami menggapai RedhaMu, ya Allah...
Agar kami bisa bertemu kembali di Taman SyurgaMu kelak...
Ameen.. ameen.. ameen... wahai Yang Maha Mendengar...




Tuesday, 23 April 2013

Selamat Hari Lahir, Abah Tersayang!



 

Abah sentiasa berpesan... Al-Quran jangan ditinggal walau sehari... baca dan renungi selalu. Dalam keadaan apapun, sentiasa yakin dengan Allah! Semua yang terjadi ada hikmah dan kebaikan untuk kita... Buat baik dan tolong orang jangan mengharapkan balasan, sebab jika kita perlukan bantuan, Allah swt akan hantar orang-orang yang baik pula untuk menolong kita. Kata-kata Abah sentiasa sarat dengan pesanan positif dan ketenangan...


Abah mendidik kami melalui contoh dan peribadi Abah sendiri. Memberikan contoh tanpa perlu mengeluarkan sebarang arahan. Menghulurkan kasih tanpa henti, melayan dan memberikan segala yang terbaik, juga menjadi Abah yang sangat baik buat kami. Anak-anak dan sesiapa jua yang mengenali Abah, pasti menyenangi dan mengasihi Abah...

Bagi kami adik beradik,
Abah adalah insan yang sangat istimewa di hati sanubari kami..

Selama
t Hari Lahir, Abah... Anak-anak Abah ini akan sentiasa doakan kegembiraan, kesihatan, kebahagiaan, keberkatan dan syurga buat Abah... terima kasih, ya Allah... atas kurniaan seorang 'Abah' yang terbaik buat kami... sebab Abah baik sangat...


"Sungguh aku mengagumi sosok itu, yang suatu masa sering mendodoi tidurku, dengan Kalam Suci AgungNya.. Juga pada tangan yang semakin kasar dengan kepayahan dan jerih perit usahanya, serta raut wajah yang semakin bertambah kedutan usia pengalamannya.. Abah.. Insan teristimewa bagi kami...
Yang mendidik kami dengan contoh & teladan, dengan sabar & hikmah, juga dengan iman & amanah.. Kami menjadi saksi, bahawa tanggungjawab di pundakmu tergalas baik, bahawa dirimu ayah terbaik..! Allah, pertemukan kami kembali di syurgaMu.. dengan redha seorang ibu dan ayah, juga doa seorang anak.. Demi kasih ini, SELAMAT HARI LAHIR buat abah tersayang.. Harif Fadzilah Che Hashim...

 
 
 

Sunday, 31 March 2013

Ujian Tanda Sayang



Tiada hidup tanpa ujian. Hakikat kehidupan, pasti diuji!

“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.”
– Hadis riwayat Thobrani

Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.” 
- Hadith riwayat Muslim



Namun hadirnya sebuah ujian beserta kasih sayang Allah. Itu pasti.

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”
– Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Allah swt amat sayangkan hamba-hambaNya, berganda dan berinfiniti melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya. Allah swt yang Amat Pengasih menginginkan kesudahan Syurga buat hamba-hambaNya. Justeru dihadirkan ujian demi ujian untuk si hamba kembali mengingatiNya dan beramal ke arah redhaNya.



Seorang hamba memiliki suatu darjat di syurga. Ketika dia tidak dapat mencapainya dengan amal-amal kebaikannya maka Allah menguji dan mencubanya agar dia mencapai darjat itu.
– Hadis riwayat Thobrani

Subhanallah... Sungguh, ujian itu tanda kasih sayang Allah swt!





Saturday, 23 March 2013

10 Sahabat Dijamin Syurga


Sahabat Rasulullah, kecintaan Baginda...

Jom menyintai Rasulullah dan para sahabat..



10 Sahabat Dijamin Syurga... Jom hafal dan kenali mereka...

4 Khalifah: Abu Bakar - Umar - Uthman - Ali

+ ZAASST: Zubair al Awwam - Abdurrahman bin Auf - Abu Ubaidah al Jarrah - Saad bin Abi Waqqas - Said bin Zaid - Talhah bin Ubaidillah






Friday, 22 March 2013

Diriku Seorang Hamba



Tika bersujud dalam solat... bisikkan pada diri: "Aku seorang hamba.. diriku cuma seorang hamba.. terimalah hamba yang penuh hina ini, wahai Tuhan Yang Maha Hebat..."




Solat mendidik kita untuk terus menerus merasakan diri sebagai seorang hamba. Tika bersujud, kepala yang paling mulia diletakkan selaras dengan kaki yang paling rendah dan hina pada pandangan manusia. 5 kali sehari kita kembali mengingatkan diri, aku seorang hamba...

Maka selayaknya diri ini hidup dalam penuh ketaatan kepada Tuhan & Tuan yang menciptakanku...








Thursday, 14 March 2013

Sanah Helwah


Terima kasih buat mamaAbah yg memberikan sepenuh ksh syg..
Terima kasih buat adik-adik, keluarga yang paling dicintai..
Terima kasih Ya Allah.. Maha Penyayangnya Engkau,
terpantul pada kebahagiaan Baiti Jannati ini..


 
Terima kasih jg buat sahabat2+teman2 Maahad, UIA dan IPPT 
Ukhuwwah kalian senantiasa membahagiakan saya =)
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, 1 March 2013

Di Mana Al-Quran di Hati Kita


Bermuhasabah seketika... Berapa kali dalam sehari kita membuka atau mengemaskini akaun facebook? Dan bila pula kali terakhir kita membaca dan meneliti ayat-ayat Allah, kalam bicaraNya melalui Al-Quran yang mulia?


Sedang kita diberi nikmat tanpa henti, langsung lalai dari menyediakan sekelumit waktu untuk meneliti, memahami dan menginsafi betapa Al-Quran ini suatu Mukjizat Agung dari Yang Maha Pengasih. Kalam ini meniti basah dari bibir Rasullah Kekasih Allah dan melekat kukuh menghiasi jiwa+minda para Sahabat dan Muttaqin. Mereka amat memuliakan Al-Quran... namun di mana letaknya Al-Quran di hati kita tika ini?



 
 
Jangan bertangguh untuk membaca dan meneliti ayat-ayat Allah. Tempoh kehidupan kita bukanlah terlalu panjang di dunia ini. Bersama kita fahami dan amalkan isi kandungannya. Peruntukkan masa setiap hari secara konsisten untuk membaca dan memahami terjemahannya. Sanggupkah diketepikan manual kehidupan, sumber ketenangan dan kekuatan ini dengan alasan 'tidak sempat' atau kerana 'malas'?
 

 


Ciptakan rindu untuk senantiasa membaca, memahami dan meneliti ayat-ayat Al-Quran. Rasakan bahagia apabila berjaya menghafaz beberapa ayat dari kalam agung ini. Serikan akhlaq berpandukan tuntunan Al-Quran. Sematkan di dalam jiwa... Al-Quran sentiasa dekat di hati dan lisanku!



Sunday, 27 January 2013

@ Home


Tasik Bandar Laguna Merbok


Baiti Jannati =)


Wednesday, 23 January 2013

~Taqwa~


 

~Ayat Seribu Dinar~
 

Monday, 7 January 2013

Be Positive



MaAbah selalu nasihatkan... be positive. Apa yang dihajati, minta pada Allah... pasti Allah swt kabulkan.



Jika risau diri masih lemah, mohonlah kekuatan dari Allah.

Jika ada orang yang mampu melakukannya, kita pun pasti boleh dengan bantuan Allah.

Lakukan apa sahaja selagi dalam ruang lingkup yang dibenarkan syara'.

Teruskan pengajian hingga peringkat tertinggi, terlibat dengan persatuan, perniagaan, politik, dll... lakukannya dengan penuh keikhlasan dan berhemah.

'Always be positive' dalam hidup!




Friday, 4 January 2013

Comelnya Budak Ini =)

 
Syed Temur Ali yang comel =)
 


 
Nie anak Dr Syed Atif Ali, my supervisor =)
 
 

Wednesday, 19 December 2012

Selamat Hari Lahir Hafizuddin!

 
Selamat Hari Lahir Adin sayang!




Special doa 4 a very special person of d family, d youngest among us! Mg Allah swt kurniakn segala kebaikan, kebahagiaan, kesihatan, kecemerlangan n kemudahan buat adin dalam seluruh urusan kehidupan dunia + temukan kita semua sebagai ahli syurga nanti. ameen ya Rahim..




We all love u sooo much, adin yg baik! :)





Wednesday, 12 December 2012

Tahniah Mira n Man ~12.1.2.12~

Barakallahu Lakuma!
 


Tahniah sepupu yang disayangi... Nurul Amirah Mohammad dan pasangannya, Nurrahman Abdul Sallam. Moga mawaddah & bahagia berkekalan hingga ke syurga. Ameen...
 


 
Mira & Man ~12.12.12~


Sunday, 25 November 2012

Nilai Sebuah Kejayaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Kalam ini dinukilkan dari diri seorang insan yg lemah, hanya untuk berkongsi rasa, moga ianya bermanfaat buat semua, insyaAllah..

Alhamdulillah, 25 Nov yang lalu, saya diberi peluang oleh Allah untuk meraikan kejayaan bersama ahli keluarga yang tersayang, walaupun agak tidak cukup korum kata orang.


Sepanjang berada di dalam Dewan Tuanku Agong Canselor, UiTM Shah Alam, fikiran saya terbang jauh. Bukan memikirkan jerih perih usaha saya selama 5 tahun berada di Fakulti Perubatan UiTM, namun ingatan saya kembali kepada kedua ibu bapa saya yang tersayang.

Saya terkenang, bagaimana didikan abah dan ma terhadap kami adik beradik. Sejak kecil, seingat saya, abah akan mendukung seorang demi seorang anaknya di waktu malam, lantas mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran di telinga kami, sehingga kami terlena dalam dakapan kasih beliau. Walaupun saat itu beliau sentiasa pulang lewat dari tempat kerja dengan penuh kepenatan. Jika ada di antara kami tertidur di ruang tamu, dengan penuh kasih sayang, abahlah orangnya yang akan mengangkat kami, berjalan menuju ke bilik tidur dengan pelbagai zikir dan Kalam Agungnya yang sungguh menenangkan jiwa. Jarang sekali suara abah meninggi apatah lagi memarahi kami, namun soal Solat dan Al Quran, abah tiada kompromi..! Abah memberi ruang kepada kami untuk mempelajari nilai akhlaq Islamiyyah melalui contoh teladan, yakni keperibadian beliau yg tinggi. Beliau seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapa yang sudah tua, seorang suami yang sentiasa berbuat baik pada isterinya, juga seorang ayah yang penyayang. 

Mama pula, Ratu hati kami sekeluarga. Tegas dalam kelembutan dirinya. Insan ini lah yang sentiasa bersama jatuh bangun setiap dari kami adik beradik. Yang tak pernah lelah menasihati kami dengan ilmu dan pengalaman beliau yang sangat berharga. Biarpun adakalanya hati beliau terluka dengan tingkah dan kata kami yang masih mentah dalam meniti perjalanan kehidupan, tidak sedikit pun menggugat cinta dan kasihnya yang menggunung. Ibarat kaunselor dalam rumahtangga, setiap kata yang keluar dari bibir beliau menenangkan hati kami seluruhnya.
Nurdianah Harif Fadzilah
 
Hazirah Harif Fadzilah
 

Muhamad Hanif Harif Fadzilah
 

Hidayatulnajiah Harif Fadzilah
 
Dan saat kami meniti kedewasaan, kedua insan inilah yang sentiasa mendoakan kami, juga memandu arah perjalanan kami agar tidak tersasar. Mereka mendidik kami dengan sabar walau lelah, dengan tenang walau terpaksa menangkis pelbagai 'kerosakan' dunia luar, dengan seyuman walau dalam kepayahan yang amat. 
 
 
Sungguh, saat saya menyedari semua itu, saya sedar, kejayaan saya, mahupun adik beradik yang lain bukanlah semata dari usaha kami yang sedikit cuma, namun ia adalah berkat dari didikan kedua insan yang teristimewa dalam hidup ini. Saat saya bersabar menahan kehendak jiwa saya, demi redha mereka berdua, saat itu saya menyedari, Allah telah merahmati seluruh perjalanan kehidupan saya dengan memberi kemudahan kepada saya, kejayaan, juga kasih sayang yang melimpah ruah dari insan sekeliling, bukan kerana diri saya yang punya pelbagai kekurangan dan kelemahan, namun kerana berkatnya didikan yang diiringi doa dari seorang ayah dan ibu..


Justeru, teman2, hargailah, taatilah, bersabarlah dan doakanlah kedua ibu bapa kita. Biar siapa pun mereka, biar di mana pun mereka berada. Pada mereka terletak syurga kita seorang anak. Juga, saya nukilkan coretan ini untuk kita merenung jauh ke dalam diri kita, saat suatu masa nanti apabila kita memikul amanah yang besar dalam memimpin sebuah keluarga, pimpinlah ia berpandu Iman. Kasih sayang yang berkekalan adalah apabila ia disulami dengan Redha Allah, yang dibajai dengan Iman yang mekar mewangi..




"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami 
agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami 
dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa."

(AlFurqaan: 74)

 
~Berkasih Sayang di Dunia, Bertemu di Jannah..QA




 

Thursday, 15 November 2012

Allah Tuhan Kami... Lorongkan Kami ke Arah Redha-Mu...




Allah Akbar! Tuhan yang memiliki segala keindahan dan kehebatan alam ini... Keindahan dunia dan segala isinya, kehebatan semesta dan seluruh kerajaan-Nya. Kehebatan cinta terungkap dalam setiap penciptaan-Nya!


Subhanallah... kalam pujian yang tidak bisa diungkapkan dengan kata-kata. Terasa amat kerdil jika diperhatikan tanda-tanda kebesaran Allah swt pada penciptaan alam ini. Dengan penciptaan bumi yang penuh keindahan, lautan dalam yang penuh kerahsiaan, jua langit tinggi yang terbentang tanpa sempadan. Penuh misteri... tak terjangkau dek akal untuk menafsirkan kehebatan-Nya...


Allah swt yang Maha Penyayang, mengurniakan kasih sayang dan kebahagiaan buat hamba-hamba-Nya. Allah swt yang Maha Mengasihani, memberikan keampunan serta ruang taubat buat si hamba yang seringkali bermaksiat dan melupakan-Nya. Dia mendekati si hamba dengan penuh kasih dan belas, mengabulkan segala hajat yang dipinta, mengurniakan segala keperluan, dan mendamaikan jiwa yang sering kegelisahan menempuh ranjau kehidupan ini.


Tiada doa yang tidak dikabulkan... tiada rintihan yang tidak didengari...

Dakapan kasih-Nya memenuhi seluruh kehidupan si hamba... Pelukan cinta-Nya mendamaikan si hina yang tidak punya apa-apa di sisi-Nya.

Jauh di sudut hati seorang hamba, pasti punya fitrah untuk sentiasa kembali kepada-Nya... namun lemahnya iman dalam mengatasi nafsu dan syaitan bisa menghijab ketulusan fitrah ini..


Allah Tuhan kami... hamba-hambaMu ini mengakui segala kehebatan dan kekuasaan-Mu... Penuh lemah menginsafi hinanya diri...

Bagaimana saat 'kepulangan' kami menemui-Mu kelak... langsung tidak layak untuk ke Syurga-Mu, namun tidak pula sanggup menempuh neraka-Mu... Bagaimana kelak kesudahan hamba-Mu ini melepasi alam dunia yang cuma berbaki beberapa tahun sahaja lagi.... Allahu Akbar! Lorongkan kami ke arah Redha-Mu....