Special doa 4 a very special person of d family, d youngest among us! Mg Allah swt kurniakn segala kebaikan, kebahagiaan, kesihatan, kecemerlangan n kemudahan buat adin dalam seluruh urusan kehidupan dunia + temukan kita semua sebagai ahli syurga nanti. ameen ya Rahim..
Wednesday, 19 December 2012
Selamat Hari Lahir Hafizuddin!
Special doa 4 a very special person of d family, d youngest among us! Mg Allah swt kurniakn segala kebaikan, kebahagiaan, kesihatan, kecemerlangan n kemudahan buat adin dalam seluruh urusan kehidupan dunia + temukan kita semua sebagai ahli syurga nanti. ameen ya Rahim..
Posted by Famili Dr Harif at 22:04 0 comments
Wednesday, 12 December 2012
Tahniah Mira n Man ~12.1.2.12~
Barakallahu Lakuma!
Tahniah sepupu yang disayangi... Nurul Amirah Mohammad dan pasangannya, Nurrahman Abdul Sallam. Moga mawaddah & bahagia berkekalan hingga ke syurga. Ameen...
Mira & Man ~12.12.12~
Posted by Famili Dr Harif at 23:43 0 comments
Sunday, 25 November 2012
Nilai Sebuah Kejayaan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Kalam ini dinukilkan dari diri seorang insan yg lemah, hanya untuk berkongsi rasa, moga ianya bermanfaat buat semua, insyaAllah..
Alhamdulillah, 25 Nov yang lalu, saya diberi peluang oleh Allah untuk meraikan kejayaan bersama ahli keluarga yang tersayang, walaupun agak tidak cukup korum kata orang.
Sepanjang berada di dalam Dewan Tuanku Agong Canselor, UiTM Shah Alam, fikiran saya terbang jauh. Bukan memikirkan jerih perih usaha saya selama 5 tahun berada di Fakulti Perubatan UiTM, namun ingatan saya kembali kepada kedua ibu bapa saya yang tersayang.
Saya terkenang, bagaimana didikan abah dan ma terhadap kami adik beradik. Sejak kecil, seingat saya, abah akan mendukung seorang demi seorang anaknya di waktu malam, lantas mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran di telinga kami, sehingga kami terlena dalam dakapan kasih beliau. Walaupun saat itu beliau sentiasa pulang lewat dari tempat kerja dengan penuh kepenatan. Jika ada di antara kami tertidur di ruang tamu, dengan penuh kasih sayang, abahlah orangnya yang akan mengangkat kami, berjalan menuju ke bilik tidur dengan pelbagai zikir dan Kalam Agungnya yang sungguh menenangkan jiwa. Jarang sekali suara abah meninggi apatah lagi memarahi kami, namun soal Solat dan Al Quran, abah tiada kompromi..! Abah memberi ruang kepada kami untuk mempelajari nilai akhlaq Islamiyyah melalui contoh teladan, yakni keperibadian beliau yg tinggi. Beliau seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapa yang sudah tua, seorang suami yang sentiasa berbuat baik pada isterinya, juga seorang ayah yang penyayang.
Mama pula, Ratu hati kami sekeluarga. Tegas dalam kelembutan dirinya. Insan ini lah yang sentiasa bersama jatuh bangun setiap dari kami adik beradik. Yang tak pernah lelah menasihati kami dengan ilmu dan pengalaman beliau yang sangat berharga. Biarpun adakalanya hati beliau terluka dengan tingkah dan kata kami yang masih mentah dalam meniti perjalanan kehidupan, tidak sedikit pun menggugat cinta dan kasihnya yang menggunung. Ibarat kaunselor dalam rumahtangga, setiap kata yang keluar dari bibir beliau menenangkan hati kami seluruhnya.
Nurdianah Harif Fadzilah |
Hazirah Harif Fadzilah |
Muhamad Hanif Harif Fadzilah |
Hidayatulnajiah Harif Fadzilah |
Justeru, teman2, hargailah, taatilah, bersabarlah dan doakanlah kedua ibu bapa kita. Biar siapa pun mereka, biar di mana pun mereka berada. Pada mereka terletak syurga kita seorang anak. Juga, saya nukilkan coretan ini untuk kita merenung jauh ke dalam diri kita, saat suatu masa nanti apabila kita memikul amanah yang besar dalam memimpin sebuah keluarga, pimpinlah ia berpandu Iman. Kasih sayang yang berkekalan adalah apabila ia disulami dengan Redha Allah, yang dibajai dengan Iman yang mekar mewangi..
Posted by Famili Dr Harif at 23:58 2 comments
Thursday, 15 November 2012
Allah Tuhan Kami... Lorongkan Kami ke Arah Redha-Mu...
Posted by Famili Dr Harif at 04:55 0 comments
Dengan Nama Allah... Kami Mulakan Lembaran 1434H ini
Berakhir sudah peluang amal sepanjang 1433H... Lembaran baru 1434H ini ayuh kita mulakan dengan nama Allah yang memiliki segala keagungan, kekuasaan dan kesempurnaan...
Telah tiba tahun baru 1434H. "Ya Allah... Kurniakan kami peluang untuk menambah amal agar sentiasa hampir dengan-Mu dan kekuatan untuk menghindari segala maksiat. Bantuilah kami dalam mencari redha-Mu dalam segala aspek kehidupan. Ampunkan kami saat tertewas dengan helahan nafsu dan syaitan. Pandanglah kami dengan pandangan rahmat-Mu agar hamba yang hina ini bisa jua tercalon untuk ke syurga-Mu. Sungguh kami langsung tidak layak tanpa rahmat-Mu..."
Dengan nama-Mu yang Maha Mulia, Maha Hebat dan Penuh Kasih Sayang... kami mulakan perjalanan lembaran baru 1434H ini... Moga segalanya berada di bawah lembayung Redha-Mu. Ameen ya Rabbana...
Posted by Famili Dr Harif at 04:55 0 comments