Thursday, 14 March 2013
Sanah Helwah
Terima kasih buat mamaAbah yg memberikan sepenuh ksh syg..
Terima kasih buat adik-adik, keluarga yang paling dicintai..
Terima kasih Ya Allah.. Maha Penyayangnya Engkau,
terpantul pada kebahagiaan Baiti Jannati ini..
Terima kasih jg buat sahabat2+teman2 Maahad, UIA dan IPPT
Ukhuwwah kalian senantiasa membahagiakan saya =)
Posted by Famili Dr Harif at 03:03 0 comments
Friday, 1 March 2013
Di Mana Al-Quran di Hati Kita
Bermuhasabah seketika... Berapa kali dalam sehari kita membuka atau mengemaskini akaun facebook? Dan bila pula kali terakhir kita membaca dan meneliti ayat-ayat Allah, kalam bicaraNya melalui Al-Quran yang mulia?
Sedang kita diberi nikmat tanpa henti, langsung lalai dari menyediakan sekelumit waktu untuk meneliti, memahami dan menginsafi betapa Al-Quran ini suatu Mukjizat Agung dari Yang Maha Pengasih. Kalam ini meniti basah dari bibir Rasullah Kekasih Allah dan melekat kukuh menghiasi jiwa+minda para Sahabat dan Muttaqin. Mereka amat memuliakan Al-Quran... namun di mana letaknya Al-Quran di hati kita tika ini?
Jangan bertangguh untuk membaca dan meneliti ayat-ayat Allah. Tempoh kehidupan kita bukanlah terlalu panjang di dunia ini. Bersama kita fahami dan amalkan isi kandungannya. Peruntukkan masa setiap hari secara konsisten untuk membaca dan memahami terjemahannya. Sanggupkah diketepikan manual kehidupan, sumber ketenangan dan kekuatan ini dengan alasan 'tidak sempat' atau kerana 'malas'?
Ciptakan rindu untuk senantiasa membaca, memahami dan meneliti ayat-ayat Al-Quran. Rasakan bahagia apabila berjaya menghafaz beberapa ayat dari kalam agung ini. Serikan akhlaq berpandukan tuntunan Al-Quran. Sematkan di dalam jiwa... Al-Quran sentiasa dekat di hati dan lisanku!
Posted by Famili Dr Harif at 21:51 0 comments
Sunday, 27 January 2013
Wednesday, 23 January 2013
Monday, 7 January 2013
Be Positive
MaAbah selalu nasihatkan... be positive. Apa yang dihajati, minta pada Allah... pasti Allah swt kabulkan.
Jika risau diri masih lemah, mohonlah kekuatan dari Allah.
Jika ada orang yang mampu melakukannya, kita pun pasti boleh dengan bantuan Allah.
Lakukan apa sahaja selagi dalam ruang lingkup yang dibenarkan syara'.
Teruskan pengajian hingga peringkat tertinggi, terlibat dengan persatuan, perniagaan, politik, dll... lakukannya dengan penuh keikhlasan dan berhemah.
'Always be positive' dalam hidup!
Posted by Famili Dr Harif at 21:35 0 comments
Friday, 4 January 2013
Wednesday, 19 December 2012
Selamat Hari Lahir Hafizuddin!
Selamat Hari Lahir Adin sayang!
Special doa 4 a very special person of d family, d youngest among us! Mg Allah swt kurniakn segala kebaikan, kebahagiaan, kesihatan, kecemerlangan n kemudahan buat adin dalam seluruh urusan kehidupan dunia + temukan kita semua sebagai ahli syurga nanti. ameen ya Rahim..
We all love u sooo much, adin yg baik! :)
Posted by Famili Dr Harif at 22:04 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)

























