BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 23 April 2013

Selamat Hari Lahir, Abah Tersayang!



 

Abah sentiasa berpesan... Al-Quran jangan ditinggal walau sehari... baca dan renungi selalu. Dalam keadaan apapun, sentiasa yakin dengan Allah! Semua yang terjadi ada hikmah dan kebaikan untuk kita... Buat baik dan tolong orang jangan mengharapkan balasan, sebab jika kita perlukan bantuan, Allah swt akan hantar orang-orang yang baik pula untuk menolong kita. Kata-kata Abah sentiasa sarat dengan pesanan positif dan ketenangan...


Abah mendidik kami melalui contoh dan peribadi Abah sendiri. Memberikan contoh tanpa perlu mengeluarkan sebarang arahan. Menghulurkan kasih tanpa henti, melayan dan memberikan segala yang terbaik, juga menjadi Abah yang sangat baik buat kami. Anak-anak dan sesiapa jua yang mengenali Abah, pasti menyenangi dan mengasihi Abah...

Bagi kami adik beradik,
Abah adalah insan yang sangat istimewa di hati sanubari kami..

Selama
t Hari Lahir, Abah... Anak-anak Abah ini akan sentiasa doakan kegembiraan, kesihatan, kebahagiaan, keberkatan dan syurga buat Abah... terima kasih, ya Allah... atas kurniaan seorang 'Abah' yang terbaik buat kami... sebab Abah baik sangat...


"Sungguh aku mengagumi sosok itu, yang suatu masa sering mendodoi tidurku, dengan Kalam Suci AgungNya.. Juga pada tangan yang semakin kasar dengan kepayahan dan jerih perit usahanya, serta raut wajah yang semakin bertambah kedutan usia pengalamannya.. Abah.. Insan teristimewa bagi kami...
Yang mendidik kami dengan contoh & teladan, dengan sabar & hikmah, juga dengan iman & amanah.. Kami menjadi saksi, bahawa tanggungjawab di pundakmu tergalas baik, bahawa dirimu ayah terbaik..! Allah, pertemukan kami kembali di syurgaMu.. dengan redha seorang ibu dan ayah, juga doa seorang anak.. Demi kasih ini, SELAMAT HARI LAHIR buat abah tersayang.. Harif Fadzilah Che Hashim...